Showing posts with label Space. Show all posts
Showing posts with label Space. Show all posts

Space - R2 di ISS


Saya pernah bertanya, agak-agaknya bila masanya robot akan mula melakukan kerja-kerja di angkasalepas, terutama di persekitaran orbit bumi. Jangan cerita berkenaan kejayaan robot Spirit dan Opportunity yang sedang merayap-rayap di planet Marikh, kerana itu merupakan satu kehebatan teknologi yang menakjubkan. Angkasa lepas, bagi saya tempat yang begitu banyak risiko terutama untuk manusia.

Kemudian, baru-baru ini NASA telahpun membuat langkah pertama. Mereka bersama-sama dengan General Motors, telah merekacipta sebuah robot berbentuk humanoid yang diberi nama Robonaut-2 , atau R2.

Menarik sekali, kerana sebaik sahaja penghantaran dilakukan ke ISS pada bulan Sep 2010 nanti, krew-krew di ISS akan ada teman sebilik yang baru, tetapi kali ini bukan manusia..tetapi sebuah robot.

Maklumat seterusnya dari NASA menyatakan R2 akan melakukan kerja-kerja rutin, seperti penyelenggaraan. Ia akan memberi peluang kepada krew ISS melakukan tugasan yang lebih rumit dan membiarkan tugasan yang mudah kepada R2.

Satu perkara yang menarik perhatian saya ialah kemampuan R2 ini yang dikatakan boleh melihat objek, merasa keadaan sekeliling dan melakukan adaptasi penyesuaian! Kawalan R2 sebenarnya turut akan dipantau dari bumi. Kawalan ini hampir kepada masa-nyata, yang mana hanya ada kelewatan 2-6 saat sahaja untuk video dari ISS sampai ke bumi.

Lebih banyak info boleh didapati di sini.

sumber: http://www.falak-online.net/portalfalak/content/30/4/2010/r2-d2-di-iss

Space - Galaxies

Our galactic neighbors


         The "lifestyles" of 75 neighboring galaxies are illuminated in this poster from NASA's Spitzer Space Telescope.
In this composite, blue colors reveal light from an older population of stars. Tints of green represent organic molecules called polycyclic aromatic hydrocarbons, while red lumps show clouds of warm dust and gas heated by radiation from newborn stars.

CREDIT:NASA/JPL-Caltech/K. Gordon (Space Telescope Science Institute) and SINGS Team

Space - Komet Hartley


(This contrast-enhanced image obtained during Deep Impact's Nov. 4th flyby of Comet Hartley 2 reveals a cloud of icy particles surrounding the comet's active nucleus. Source NASA) 

Siapa sangka di angkasa lepas pun ada mengalami ribut salji!

Begitulah antara penemuan menakjubkan yang diperolehi daripada misi EPOXI menerusi kapal angkasa Deep Impact ke atas Komet Hartley 2 baru-baru ini.

Selain daripada foto yang menakjubkan (boleh lihat di SINI), penelitian lebih terperinci terhadap foto yang diambil menunjukkan kawasan disekeliling komet ini dipenuhi ketul-ketul ais dan salji sehingga sebesar sebuah bola keranjang!

Profesor Mike A'Hearn daripada University of Maryland, yang juga penyelidik utama misi Deep Impact EPOXI ini menyatakan penemuan ini mengejutkan semua orang kerana tidak pernah kejadian seumpama ini pernah dilihat di komet-komet lain.


Merujuk kembali kepada misi kapal angkasa ke komet lain sebelum ini, iaitu ke Komet Halley, Komet Borelly, Komet Wild 2 dan Komet Tempel 1, tidak ada satupun yang dikelilingi oleh 'salji komet' seperti Komet Hartley ini.

Penemuan ini cukup seronok kerana ia menunjukkan setiap komet itu sendiri adalah cukup unik dan sukar untuk dijangka apa yang akan ditemui.

Space - Bumi dan Bulan dari jarak 183 juta km!

Masih ingatkah kita dengan foto planet Bumi kita yang diambil oleh kapal angkasa Voyager pada tahun 1990 yang mana ia menunjukkan Bumi hanya seperti sebuah titik kecil sahaja. Foto ini cukup popular dengan nama "Pale Blue Dot". Foto tersebut diambil pada jarak 6 bilion km!

Baru-baru ini, berdekatan sikit dengan kampung (Bumi), sebuah lagi kapal angkasa yang sedang menjalankan misinya, menoleh ke belakang dan mengambil gambar Bumi dan Bulan kita dari jarak 183 juta kilometer sahaja!

Kapal angkasa MESSENGER, yang kini sedang dalam misi di panet Utarid, sedang menjalankan kajian terhadap objek-objek yang diberi nama vulcanoids, jasad berbatu yang dipercayai (secara hipotesis) mengorbit di antara kawasan Utarid dan Matahari. 

Salah satu daripada foto yang diambil menuju ke arah kita di Bumi dan memberi satu pandangan unik dunia yang sedang diduduki oleh berbilion umat manusia hari ini.

Yang menarik perhatian saya ialah betapa cerahnya Bulan yang turut kelihatan bersebelahan dengan Bumi. Saya pernah terbaca ( tak ingat buku atau artikel mana), yang menyatakan Bumi dan Bulan ini layak digelar sebagai sistem planet berkembar.

Betapa besarnya alam semesta yang Allah cipta untuk manusia yang suka berfikir! Subhanallah

Photo Credit: NASA/Johns Hopkins University Applied Physics Laboratory/Carnegie Institution of Washington

Space - Comet Ikeya-Murakami

(Imej diambil oleh Leonid Elenin menggunakan robotic telescope di New Mexico pada 7 Nov lepas. Sumber spaceweather.com ) 

Di dalam dunia teknologi pengimejan serba canggih hari ini, boleh dikatakan amat jarang kita mendengar komet baru ditemui oleh ahli astronomi amatur. Kebanyakkan komet yang dijumpai sekarang ditemui menerusi teleskop yang dilengkapi alat fotografi yang amat sensitif.

Namun, baru-baru ini 2 orang pencerap dari Jepun, telah berjaya menemui sebuah komet baru dengan menggunakan cara lama, iaitu menerusi sebuah teleskop visual! 

 Kaoru Ikeya menggunakan teleskop bersaiz 10 inci manakalan Shigeki Murakami menggunakan teleskop bersaiz 18 inci. Ketika ini komet yang diberi nama c/2010 v1 ini sedang bersinar agak cerah, pada magnitud 8 di langit timur!

Brian G. Marsden dari (Minor Planet Center) telah mengira orbit komet ini dan mendapati ia bergerak di dalam orbit yang parabolik, dan baru sahaja melepasi posisi perihelion pada jarak 1.7 AU , iaitu di luar orbit Marikh.

Ini menunjukkan bahawa komet ini tidak mungkin akan menjadi lebh cerah dari sekarang, tetapi ia masih mudah dilihat menerusi binokular apabila ia merentasi buruj Virgo. 

Efemeris di bawah menunjukkan kordinat komet ini pada 0 hour UT  (equinox 2000.0) serta sudut elongation dari matahari.

Comet Ikeya-Murakami
Date
2010 R. A.
h   m Dec.
°   ' Elong.
°
Nov. 5 12 38.0 -02 26 32.6
Nov. 7 12 43.1 -03 06 33.2
Nov. 9 12 48.2 -03 47 33.8
Nov. 11 12 53.3 -04 27 34.4
Nov. 13 12 58.3 -05 06 35.0
Nov. 15 13 03.4 -05 46 35.6

Nampak gayanya musim akhir tahun ni, banyak pula komet yang muncul di langit.

Jom teropong!

sumber (http://www.falak-online.net/portalfalak/content/8/11/2010/lagi-komet-baru-comet-ikeya-murakami)