Fakta-Syiah?

 Apa itu syiah?
- latar belakang syiah di Malaysia-

• Syiah di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan telah menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama Islam, rakyat Malaysia telah memberikan sokongan ranpa mengetahui fahaman Syiah itu sendiri. Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluas di Malaysia.

• Penyebarannya di Malaysia dilakukan dengan beberapa kaedah:
> lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka.
> melalui pelajar-pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka di negara Republik Islam itu.
> memberi hadiah berupa buku fahaman mereka kepada perpustakaan umum.

• Terdapat 3 kumpulan syiah yang berkembang di Malaysia beberapa tahun sebelum ini iaitu;

> Syiah Tayyibi Bohra
- berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Berpusat di Klang dan mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dengan pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.

> Syiah Ismailah
- dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di sekitar Lembah Klang. Bilangannya lebih kecil berbanding kelompok Bohra.

> Syiah Ja'fariyah
- dipercayai mula bertapak pada tahun 1979, pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah di IPT. Beberapa buku telah diterjemahkan di dalam bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan sekitar 300 hingga 500 orang.



(bersambung...)


- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

  1. rasanya...sunnah lbh bk kot..
    aku ikut blog kau..nanti kau ikut blog aku

    ReplyDelete