Space - Komet Hartley


(This contrast-enhanced image obtained during Deep Impact's Nov. 4th flyby of Comet Hartley 2 reveals a cloud of icy particles surrounding the comet's active nucleus. Source NASA) 

Siapa sangka di angkasa lepas pun ada mengalami ribut salji!

Begitulah antara penemuan menakjubkan yang diperolehi daripada misi EPOXI menerusi kapal angkasa Deep Impact ke atas Komet Hartley 2 baru-baru ini.

Selain daripada foto yang menakjubkan (boleh lihat di SINI), penelitian lebih terperinci terhadap foto yang diambil menunjukkan kawasan disekeliling komet ini dipenuhi ketul-ketul ais dan salji sehingga sebesar sebuah bola keranjang!

Profesor Mike A'Hearn daripada University of Maryland, yang juga penyelidik utama misi Deep Impact EPOXI ini menyatakan penemuan ini mengejutkan semua orang kerana tidak pernah kejadian seumpama ini pernah dilihat di komet-komet lain.


Merujuk kembali kepada misi kapal angkasa ke komet lain sebelum ini, iaitu ke Komet Halley, Komet Borelly, Komet Wild 2 dan Komet Tempel 1, tidak ada satupun yang dikelilingi oleh 'salji komet' seperti Komet Hartley ini.

Penemuan ini cukup seronok kerana ia menunjukkan setiap komet itu sendiri adalah cukup unik dan sukar untuk dijangka apa yang akan ditemui.

No comments:

Post a Comment